04// A dreamer
A dreamer


profile links entry FOLLOW
Hello friends~

!!-Your chatting box goes here-!!

Template made by Feryal Evliya. Fonts by webfonts. And, always credit to weheartit.
Goodbye Merbok...
Wednesday 17 July 2013 | 0 comments

Assalammualaikum...




Seriously dah lama aku tak update blog yang bosan ni. Aku rasa aku nak kembali aktif meluahkan perasaan dekat blog ni sebab terpengaruh dengan Mire mata bulat. Tapi.....aku still tak tau nak tulis apa... Aku kehausan idea.

Memandangkan aku dah habis foundation 6/4/2103 aritu( ya ampun dah berzaman), aku rasa aku nak share sikit pengalaman dekat merbok. Overall, pengalaman part 2 lagi best dari part 1 sebab aku ada ramai kawan-kawan yang sebelum ni aku tak close pon dengan diorang.

Antara pengalaman yang aku takkan lupakan waktu dekat merbok ialah waktu pre law dinner. Sebenarnya dinner tu biasa je cuma apa yang terjadi sebelum dan selepas dinner tu. The dinner was held at Park Avenue Sg Petani. So, sebelum tu aku ngan geng2 aku( Awe, Una, Qilah and Farah) bercadang nak stay dekat hotel tu. Tapi, Qilah tak boleh join sebab ayah dia tak kasi join. So, kitorang semua tak jadi join. Tapi, sehari sebelum dinner tu kitorang pujuk Qilah untuk join. Aku hasut Qilah jangan bagitau ayah dia (jahat gila). So, dia pon setuju. Keesokkan harinya, lepas kelas kitorang pon sewa kereta kancil. Awe yang drive. Disebabkan kitorang nak jimat, kitorang sewa kereta kancil manual yang berwarna hijau. Seriously, sekali pandang sebijik macam kereta Mr. Bean. Warna dia sama kot. Sampai hotel kitorang pon check in dan berehat-rehat. Kitorang check in dekat hotel Emerald Puteri. Hotel tu murah sikit. Bilik kitorang pon baru RM 120. Kalau dekat Park Avenue bilik yang lagi kecik dari bilik kitorang pon dah RM150. Hotel yang kitorang duduk tu 3 minit je dari Park Avenue. Pukul 8 malam kitorang bertolak ke Park Avenue. Dinner tu habis pukul 11.30 malam. Kitorang melepak and ambil gambar dulu sebelum balik. Lebih kurang pukul 12 malam baru kitorang balik. Waktu nak balik tu barulah segala drama bermula. Boleh pulak kereta tu tiba2 tak boleh start. Sumpah sial sungguh. Kitorang dahla semua perempuan and kitorang semua panik. Last2, Farah call Faiz( classmate kitorang) untuk mintak tolong. Tapi Faiz tak angkat phone. So, Awe dengan Farah pergi cari Faiz. Waktu Farah dengan Awe pergi, tiba2 Qilah cakap :"Aku rasa aku tau kenapa kereta kita rosak. Ni mesti sebab aku tak bagitau ayah aku". Sumpah aku nak tergelak waktu dia cakap macam tu. Lepas lama menunggu, Farah dan Awe pon muncul. Mula2 kitorang nampak Farah dengan Awe je. Tak nampak pon si Faiz. Tiba-tiba, datang satu rombongan. Ramai kot....Serious. Lebih dari sepuluh orang. Sumpah malu gila....Ada jugak budak laki yang aku sendiri pon tak pernah nampak tolong kitorang. Tapi, budak-budak laki tu pon tak boleh tolong kitorang. So, Awe pon call pakcik tempat kitorang sewa kereta tu. Lebih kurang pukul 1 pagi baru pakcik tu sampai. Pakcik tu belek2 la kereta tu. Pakcik tu syak bateri habis. So, dia pon call kawan dia suruh bawak barang apa ntah. Lama selepas tu pon kawan pakcik tu datang. Lepas tu barulah kereta tu ok. Tp pakcik tu recommend untuk guna kereta yang dia bawak. Okey jugak sebab kereta tu nampak cantik sikit dan yang paling penting bukan warna hijau. So, lebih kurang pukul 2 pagi barulah kitorang sampai dekat hotel yang kitorang duduk.


Pengalaman yang seterusnya ialah waktu kitorang celebrate birthday Kak Shu. Waktu tu tengah minggu exam. Aku tengah study law 3 and kak shu tengah layan semanis kurma*hahaha*. Tiba-tiba Kak Shira datang bilik kitorang. Lepastu kak Shira cakap dekat aku: "Hanim, tadi Kak Shira jumpa Nani dekat depan KR. Dia suruh Hanim pergi KR sekarang. Dia kata ada benda penting. Kak Shira tak tau. Benda-benda budak pre law kot. Pastu nanti jangan lupa bawak kunci ye sebab Kak Shira nak ajak Kak Shu pergi beli ais krim." Dalam otak aku, aku ingatkan Nani nak bagi soalan spot. Sampai dekat sana, aku nampak Nani, Irah, Kak Wani and Aina. Lepas tu Kak Wani tanya aku: "Hanim tau kan kitorang nak buat apa?"....hahahaha sangat tahu. Kak Wani cakap sekarang kitorang tengah tunggu Husna balik. Husna keluar beli kek dengan rommates dia. Pada jam 10.30 malam, Husna pon sampai. Lepas tu, Kak Wani call Kak Shira suruh Kak Shira ajak kak Shu keluar. Kitorang guna tangga yang lain untuk naik ke bilik aku. Keadaan waktu tu kelam-kabut. Lepas kitorang sampai bilik, kitorang pon sediakan apa yang patut :pasang lilin, tutup lampu and sorok kasut dekat bilik jiran sebelah. Bila Kak Shu buka pintu bilik, kitorang pon beramai-ramai menjerit "Happy Birthday" dekat Kak Shu. Seriously happy sangat bila kak Shu pon tak sangka dengan plan kitorang. Lepas tu kitorang nyanyi2, tiup lilin, makan2 and bersembang. Pukul 1 pagi, barulah kitorang selesai. Seriously, aku rindu menyembang dengan diorang lagi-lagi Husna. Husna tu lawak sangat.






Actually, banyak lagi benda gila yang aku buat dekat Merbok cuma aku malas nak tulis je....hehehe...By the way aku still ingat lagi waktu outing dengan Hani and Sya. Aku suka outing dengan diorang sebab kitorang bertiga suka benda yang sama. Tapi sayang sangat sebab kitorang bertiga close waktu dah nak habis foundation.





Sesungguhnya pengalaman dekat Merbok agak best walaupon pada mula-mulanya agak meyedihkan. Seriously, sedih nak meninggalkan Merbok. Sebelum balik tu sempat jugakla aku menangis...T_T


CONFESSION:

AKU RINDU MERBOK!!!!!!